Terkini diumumkan bahawa pada 10 Oktober 2022 (Isnin) telah diumumkan pengisytiharan pembubaran parlimen pengkal ke-14. sehubungan itu pihak SPR telah mengumumkan bahwa permohonan undi pos dalam dan luar negara dan dalam negara bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU ke-15) telah mula dibuka serta merta. Bagaimana cara undi pos dalam talian?
Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
Permohonan undi secara pos bagi PRU ke-15 telah dibuka pada 10 Oktober 2022 (Isnin) sehingga ke tarikh tutp permohonan yang akan dimaklumkan nanti.
Terdapat dua katagori bagi penggundian melalui pos iaitu:
- Katagori 1A – Permohonan manual
- Petugas pilihan raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera dan petugas media
- Katagori 1B – Permohonan online
- Warga Malaysia yang berada di luar negar
- Katagori 1C – Permohonan online
- Agensi/Organisasi
Berikut adalah merupakan cara permohonan undi pos mengikut katagori iaitu:
- Katagori 1A – Permohonan manual
- Muat turun borang permohonan 1A di website rasmi SPR https://www.spr.spr.gov.my/
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut dengan lengkap dan tepat
- Hantarkan borang permohonan tersebut ke Pejabat Pegawai Pengurus bahagian Pilihan Raya berkenaan
- Katagori 1B dan 1C – Permohonan Online
- Layari portal MySPR: https://myspr.spr.gov.my/login
- Tekan butang PERMOHONAN AKAUN BARU. (sekiranya anda belum daftar lagi
- Isikan maklumat lengkap dalam BORANG PERMOHONAN AKAUN PENGGUNA.
- MUATNAIK gambar kad pengenalan dan swafoto bersama kad pengenalan (rujuk gambar yang disediakan untuk contoh).
- Masukkan Captcha dan tekan butang HANTAR.
- Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
- Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam peti spam.
- Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu emel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftar mengikut waktu yang telah ditetapkan.
- Klik link pengaktifan yang diberikan. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang didaftarkan sebelum ini dan tekan butang MOHON TAC.
- Masukkan No. TAC yang dihantar ke telefon bimbit dan tekan butang HANTAR.
- Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan.
- Log masuk menggunakan maklumat yang telah anda daftarkan.
- Klik menu STATUS SAYA.
- Tekan butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)
- Isikan maklumat dalam Borang A (Pendaftaran Baru)
- Setelah selesai, tekan butang HANTAR
Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara bagi untuk pengundi mengikut katagori dibuka mulai hari ini sehingga 18 Februari.:
- Kategori Borang 1B (warga Malaysia yang berada di luar negara)
- kategori Borang 1C (sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan)
Untuk kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera dan petugas media) pula dibuka mulai hari ini sehingga 24 Februari nanti